"ALLAHUMMA KAMAA HASSANTA KHALQII FA HASSIN KHULUQI"

"YA ALLAH, sebagaimana Engkau telah membaguskan kejadianku, maka baguskanlah kelakuanku yakni budi pekertiku"

Tuesday, 30 October 2012

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

1.  TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

      Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada
      keperluan tenaga badan.  Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah
      menjadi rendah dan mengurangkan bakalan nutrisi pada otak.  Banyak sel-sel otak akan mati dan
      keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.  TERLEBIH MAKAN

     Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.  Makan berlebihan
      menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebab
      kan kekurangan darah yang sampai kepada otak.  Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan
      hilang daya fokus.

3.  MEROKOK

     Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak
     sel-sel otak.

4.  MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN

     Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.  Ia juga
     bolih mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5.  MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR

     Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.  Menghidu udara tercemar
     menyebabkan kerosakan sel-sel otak.  Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada
     asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6.  TIDUR YANG BERLEBIHAN

     Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.  Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak
      kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7.  TIDUR DENGAN MENUTUP MATA

      Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan
       boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa
       bernafas.  Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.  KURANG BERIMAGINASI

     Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.  Kurang berimaginasi
     menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.  JARANG BERFIKIR

     Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.  Maka, selalu berfikir
     akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.TIDAK MEMBACA AL-QURAN

      Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t.  Membacanya akan memberi banyak
      manfaatkepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada
      rosak.  Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal....*LIA*:)




TALASEMIA~Penyakit Genetik
Talasemia adalah sejenis penyakit jenetik yang menggangu pembentukan sel darah merah normal
menyebabkan sel darah itu mudah pecah atau musnah.  Terdapat 2 jenis talasemia iaitu Talasemia
Minor(pembawa gen talasemia) dan Talasemia Major(pesakit talasemia).  Seseorang pembawa
boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya.  Jadi elakkan berkahwin denhan pembawa
gen Talasemia jika anda juga ialah pembawa gen Talasemia.  Penyakit Talasemia hanya boleh di-
ketahui melalui ujian Talasemia..


JANGAN IKAT TALI LEHER TERLALU KETAT   


Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, mengikat tali leher terlalu ketat berpotensi
menyebabkan glaukoma yang mendorong seseorang menjadi buta.  Ini kerana pembuluh darah
di leher akan meningkatkan intreocular pressure(IOP) atau tekanan pada bola mata.  Jika dibiarkan
ianya akan menyebabkan kerosakan pada saraf optik...


HATI-HATI GUNA PELAPIK SELUAR DALAM 


Pelapik seluar dalam(pantyliners) membantu menyerap peluh serta cairan yang berlebihan di-
bahagian vagina. Namun pastikan anda tidak memakai pantyliners setiap hari kerana bahan plastik yang terdapat pada pantyliners boleh menyebabkan iritasi kulit.  Seeloknya kerap tukar seluar kerana
secara tidak langsung dapat mengelakkan jangkitan kumandi bahagian vagina...


MAKAN TIRAM ATAU KERANG  

Memakan 50 tiram setiap hari dipercayai dapat menambahkan kekuatan lelaki!  tiram mengandungi mineral zink yang penting untuk menjaga kekuatan seksual seseorang.  Ia juga dikaitkan dengan penemuan yang mengatakan kekurangan kadar zink dalam badan akan menyebabkan penghasilan sperma kurang berkualiti..Selain tiram, kerang pun boleh juga.

*Sekadar berkongsi info~LIA



































































































































No comments:

Post a Comment